Peletakan batu asas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Haji Tun Abdul Razak iaitu Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 dan pembinaannya bermula pada tahun 1999. Dalam tempoh 3 tahun pembinaannya maka tanggal 13 Januari 2002 bangunan ini dengan rasminya beroperasi dengan menerima 210 orang pelajar tingkatan satu. Seterusnya pada bulan Februari pada tahun yang sama juga sekolah ini seterusnya telah menerima 69 orang pelajar tingkatan 4. Dengan kapasiti pelajar berjumlah 279 orang pelajar, sebanyak 7 buah kelas telah menempatkan pelajar tingkatan satu dan 2 buah kelas telah menempatkan pelajar tingkatan empat. Pada peringkat awal operasinya, sekolah ini telah diterajui oleh Tuan Haji Ghazali Bin Abd Rahman yang menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan dibantu oleh Tuan Haji Jusoh Bin Omar sebagai Penolong Kanan HEM. Seterusnya tanggal 16 Mac 2002, Sekolah Menengah Kebang...